Review : susu dugro4 fruit & veg | A Sweet Life To Remember


MY POPULAR POSTS THIS MONTH

21 June 2015

Review : susu dugro4 fruit & veg

Qaiser Amsyar aka along memang tak makan nasi langsung. Mommy dia ni dah habis cara dah nak buat dia makan nasi. Sampai nangis2 & muntah bila paksa. Makanan yang selalu dia makan donut, roti, biskut2, jajan & susu. Pernah jugak sekali cuba x sediakan jajan, biskut, roti yg dia makan. Memang ada nasi je kat rumah. Sanggup dia tahan lapar. Hanya minum susu je. Dengan umur dia nak masuk 5 tahun, susu tu dikira sampingan sahaja. Makanan berat yang patut jadi makanan utama. Disebabkan i xkasi dia makan jajan biskut semua tu, dia kene gastrik. Haiyoo.. pening den. At last sedia jugak la semua tu kat rumah. Saper pernah dtg rumah i tau la camner. Biskut pelbagai jenis biskut i letak dalam 1 bakul utk dia pilih yang mana dia nak makan. Roti ada berpuluh roti kalu sekali gi borong. Jajan xyah cakap la. Siap sorok kuarkan 2 paket 1 hari.

Berlainan dengan Qamar Azfar aka angah. Makan apa sahaja. Batu kayu pon dia x tolak tau. Kalu dok jejalan kat luar kene sentiasa perhati je. Takut dia kutip batu2 pastu gigit. 

Berbalik pada tujuan entry ni. Banyak pulak tazkirah sebelum review ye. Hihihi.. Anak2 i memang both minum susu similac. Yang along similac step 4, angah semilac step 3. Yang si adik Qisya memang breastfeed je. So since dah dapat adik baru, budget pon kene la share2 oke.. so kami decide tukar susu along. Downgrade sikit tapi tetap pilih yang berkualiti. Bukan downgrade sebarangan ye. Cari yang murah sikit la.

Memang dah pasang niat nak kasi try susu baru, tetiba dia cirit birit pulak. So tunggu la sampai ok sikit cirit baru start beli susu baru. Masa tu memang dah servey2 susu yang sesuai dengan along yang kurang makan & of course tak berkhasiat. Google punya google, banyak review yang i baca suggest dugro4 with fruit & veg. Yang baru punya.


Gambar ni i snap masa nak beli di Econsave Taman Daya Johor Bahru. Harga dia rm29.65 untuk 900g. Dia memang xde dalam tin macam similac. Dalam pack je & yang paling besar pon pack 900g ni la. Lagi satu kecik sikit iaitu 600g. Pasaraya lain i xpasti pulak harganya..

Seperti yang kita dah sedia maklum, susu brand dumex ni memang dah lama wujud. Dari zaman i kecik lagi dah ada susu dumex ni. Tapi yang ni dumex dugro4 fruit & veg ni yang baharu dan sudah dipertingkatkan. Kebaikan susu ni ialah ianya membekalkan 75% nurtien seharian yang diperlukan oleh anak dengan gabungan khasiat dari 13 jenis ektrak buah-buahan dan sayur-sayuran. Ianya terdapat dalam 1-3 tahun, 3-6 tahun dan 6 tahun ke atas dengan 0% sukrosa. Along minum yang untul 3-6 tahun. Susu ni dirumus berdasarkan rujukan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI). Rasa dia pulak manis2 buah gitu. I tau sebab i try minum sikit sebelum kasi along. Hee..


Gambar diatas adalah maklumat khasiat bagi setiap pack. Manakala gambar bawah ni cara penyediaan &  amalan penyimpanan.


Kalu tengok dalam gambar cara penyediaan tu, utk yang along punya kene bancuh 5 sudu atau scoop dengan 7.5 oz lebih kurang. Kalu 8 oz 240ml. Tapi i x ikut sukatan tu. Along x berapa suka rasa manis buah dia tu. Selalu minum tak habis. So i kurangkan sikit. I bancuh 7 oz dengam 4 scoop. Since dalam pack ni dia xkasi scoop, so i guna scoop yang similac dulu.

Setakat ni alhamdulillah along suka minum susu dumex dugro4 fruit & veg ni. Dari segi poo poo, kalu dulu selalu dia poo poo butir2 macam taik kambing. Hahaha.. sejak consume susu ni nampak poo poo dia biasa. Tak de keras sgt sampai biji2 macam sebelum & x cair sangat. Lagi satu selera makan dia pon makin bertambah. Alhamdulillah..

1 comments:

Amalina Hussain said... Reply To This Comment

anak saya lebih suka minum susu dutch lady.. :) dulu masa mula mula ajar minum susu botol..ya Allah mencabar betul..ehehee..sekarang alhamdulillah.. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...